Monday 18 July 2011

Solat Sunat Dhuha



Solat Dhuha ialah solat sunnat yang dikerjakan pada masa tengahari sudah terbit lebih tinggi dari segalah hingga menjelang tengahari (sebelum matahari tegak di atas kepala). Solat sunnat Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat,boleh juga dilakukan dengan empat rakaat,enam,lapan atau dua belas rakaat.


Lafaz niat bagi Solat Sunat Dhuha:-
"sahaja aku berniat solat sunnat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".



Bacaan ketika sujud terahir (3 kali)


Doa setelah selesai solat sunat

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikanNya kecantikanMu,keindahanNya keindahanMu,kekuatanNya kekuatanMu,
kekuasaanNya kekuasaanMu dan perlindunganNya perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,jika dibumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikanMu keindahanMu kekuatanMu  kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 


Kelebihan Solat Sunnat Dhuha:-
Menurut Sabda Rasulullah s.a.w.orang yang kekal mengerjakan solat sunnat dhuha diampunkan segala dosanya, diberikan kedudukan istimewa di sisi Allah, dijauhkan dari kesusahan hidup, dimurahkan rezekinya di dunia dan akan dibenarkan untuknya sebuah mahligai khas di Akhirat.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam'alaik..
    syukran untuk perkongsian ini~
    tahniah kepada UNIC kerana menggubah Doa Dhuha kepada nasyid..dan ia amat2 membantu dalam penghafalan doa.. :)

    ReplyDelete