Sunday 24 March 2013

Temuduga!!!!



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

  1. Ahli Syurga Dari Awal
  2. Ahli Neraka Dari Awal
  3. Ahli Neraka sementara kemudian akan dilantik jadi Ahli Syurga


4 GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):

  1. nikmat kubur
  2. perlindungan di Padang Masyar
  3. keselamatan meniti Titian Sirat
  4. Syurga yang kekal abadi


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca artikal ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu membawa sijil-sijil
Anda tidak perlu membawa pingat
Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi
Sila bawa dokmen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

6 SOALAN BOCOR:

  1. Siapa Tuhan anda?
  2. Apa Agama anda?
  3. Siapa Nabi anda?
  4. Apa Kitab anda?
  5. Di mana Kiblat anda?
  6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). 
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan 
bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini : Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguh jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya akan diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat, "dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya, "dari arasku tidak ada jalan masuk."

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya, "dari arasku tiada jalan masuk."

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, "dibahagianku tiada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya, "Duduklah kamu."

Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, "Apakah pandangan kamu tentang seoran lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?" Maka berkata mayat itu, "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak solat.

Maka berkata malaikat, "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab terlebih dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tantang seorang lelaki bernama Muhammad yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya? Maka berkata mayat itu,"Lelaki itu ialah Nabi Muhammad SAW dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allahyang membawa kebenaran daripada Allah. Maka malaikat berkata kepada mayat itu,"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat. Insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

#Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!.

Wallahu-alam.. Semoga kita berjaya dalam temuduga ini.....Insya'Allah...


No comments:

Post a Comment